Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI – Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan kematian kedua di puncak tertinggi dunia semasa musim pendakian gunung ini.

    Mangsa, Usukhjargal Tsedendamba, 53 dan Purevsuren Lkhagvajav, 31, kali terakhir berhubung pada petang ini dari Kem 4, yang terletak kurang daripada satu kilometer di bawah puncak.

    Mayat Tsedendamba ditemui di sekitar ketinggian 8,600 meter pada pagi Jumaat selepas operasi mencari dan menyelamat berhari-hari yang terjejas akibat cuaca buruk.

    “Mayat kedua juga ditemui pada Jumaat dan sudah disahkan bahawa ia adalah mangsa kedua sebelum dibawa turun,” menurut Pemba Sherpa dari 8k Expeditions, yang menganjurkan permit pendakian dan penginapan kem pangkalan kedua-duanya kepada AFP.

    Empat malim gunung telah dihantar untuk mencari dan menyelamat mereka.

    Gambar menunjukkan khemah pendaki gunung di kem pangkalan Everest di wilayah Gunung Everest di daerah Solukhumbu pada 14 April 2022. – AFP

    Mayat Lkhagvajav ditemui berhampiran kawasan yang dipanggil balkoni, sebuah pelantar kecil pada ketinggian sekitar 8,400 meter.

    Sherpa berkata, dua lelaki sedang mendaki tanpa malim gunung dan walkie-talkie mereka ditemui di dalam khemah mereka.

    Jabatan pelancongan Nepal dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pasukan lain melihat kedua-duanya menuju ke puncak Everest pada pagi Isnin.

    Beratus-ratus pendaki berpusu-pusu ke Nepal iaitu lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia pada pendakian musim bunga apabila suhu lebih panas dan angin biasanya tenang.

    Nepal mengeluarkan lebih 900 permit untuk gunungnya tahun ini, termasuk 419 untuk Everest, memperoleh lebih daripada AS$5 juta dalam bentuk royalti.

    Kira-kira 80 pendaki telah pun mencapai puncak Everest setinggi 8,849 meter selepas pasukan pembaik pulih tali mencapai puncak bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...