Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Muzakarah perbaiki pentadbiran masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Bagi mendengarkan masalah-masalah yang di-hadapi oleh pegawai-pegawai masjid baharu, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri telah mengadakan muzakarah bersama pegawai-pegawai masjid yang baru berkhidmat yang berlangsung di Dewan Serba guna Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Turut hadir semasa muzakarah berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Muzakarah telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Ketua Bahagian ldarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Asminan bin Haji Chuchu diikuti dengan ucapan daripada Haji Amir Hisham.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi muzakarah dan pengenalan diri daripada kalangan pegawai masjid yang baru berkhidmat.

    Dengan adanya muzakarah berkenaan, pihak jabatan dapat mengadakan perbincangan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai masjid baharu tersebut sekali gus untuk memperbaiki struktur pentadbiran masjid-masjid, agar kepimpinan mereka di tempat bertugas lebih berkua-liti dan cemerlang.

    Muzakarah berkenaan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menjalin ukhuwah sesama pegawai dan kakitangan masjid dengan pemangku pengarah hal ehwal masjid.

    Selain itu, ia juga diadakan bagi meningkatkan kredibiliti pegawai dan kakitangan masjid dalam mentadbir sesebuah masjid, di samping dapat meningkatkan penghayatan pegawai dan kakitangan masjid terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ugama.

    Ia juga dihasratkan dapat melahirkan pegawai dan kakitangan masjid yang cemerlang, dinamik dan berkualiti.

    Muzakarah berkenaan juga diselitkan dengan perbincangan dalam mencari cara yang terbaik untuk mengimarahkan masjid sekali gus memantau masalah-masalah yang dihadapi semasa bertugas di masjid masing-masing.

    Haji Amir Hisham ketika bercakap pada muzakarah yang berlangsung di Dewan Serba guna Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
    Antara yang hadir semasa muzakarah tersebut.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini