ISTANBUL – Pada suatu saat, Sevda Alkan berasa seperti seseorang telah membuatkan kepalanya berpusing-pusing sehingga kakinya seperti tidak menjejaki lantai itu.
“Tetapi buat masa yang sama, anda berasa perasaan itu tidak bermakna kerana tiada sesiapa yang menganggu anda dan anda sama sekali tidak bergerak dan melakukan apa-apa. Tempat anda berdiri juga sama sekali tidak bergerak,” kata seorang wanita muda yang mengalaminya buat pertama kali dalam terowong pusaran di muzium yang baharu sahaja dibuka iaitu muzium Illusions di Istanbul.
Muzium pertama yang mempamerkan ilusi di Turki itu merupakan sebuah muzium yang dibina oleh beberapa orang usahawan Yunani di Istanbul dan merasmikannya untuk perniagaan pada malam Rabu. Sakis Tanimanidis, salah seroang rakan kongsi muzium mengatakan dunia ilusi yang menarik telah tersedia untuk mengagumi pelawat-pelawat dan membolehkan mereka mengakses dunia yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.
“Ia merupakan sebuah muzium yang berbeza. Pelanggan boleh menyentuhnya, mereka boleh berteriak, bersenang lenang dan boleh swa foto.” ” katanya kepada Xinhua.
Baginya, ia merupakan sebuah muzium keseronokan dan tempat sebuah ilusi di mana pelawat-pelawat boleh mencurahkan bagaimana sesuatu benda itu menjadikan mata memperdayakan minda seseorang.


Muzium itu terletak di tempat bersejarah Narmanli Han, Istanbul, di jalan Istiklal yang sibuk, menarik perhatian sejumlah besar penduduk yang melalui tempat itu pada hari pembukaannya.
Di dalamnya terdapat sebanyak lebih daripada 50 zon ilusi optik, di mana gambar-gambar dan pergerakan telah mengelirukan mata dan fikiran. Ece San, seorang remaja telah tergoda dengan muzium itu semasa beliau berkeliaran di jalan Istikal bersama rakan-rakannya.
“Kami sedang tertanya-tanya apa harus dibuat apabila seseorang yang berada di pintu luar muzium tersebut telah memberikan kami risalah muzium dan kami akhirnya meluangkan masa yang sangat baik di muzium itu. Saya pastinya akan mengesyorkan kepada sesiapa sahaja” kata San.
Sekumpulan pelancong juga berasa sangat seronok dalam sebuah bilik di mana salah seorang daripada mereka terlihat seperti gergasi di satu sudut dan seorang lagi seperti orang kerdil di satu sudut yang lain. Pada zon yang berbeza, seorang lelaki remaja telah dihipnotis kerana beliau seperti berputar-putar di dalam bilik yang bercorak hitam dan putih pada dindingnya yang membuat seperti ilusi optik kinetik, manakala seorang ibu dan anak perempuannya pula mengalami dilusi satu kepala di atas pinggan.
Seorang pemandu muzium itu mengatakan bilik anti graviti itu seperti pemukul otak di mana persoalan fakta yang diketahui seperti undang-undang fizik, seperti bola yang bergolek-golek ke atas dan diikuti dengan air.
“Bersedia untuk kagum! Secara visual. Ia tidak dapat dikenali atau kelihatan. Ia seperti memasuki ke dimensi baharu dalam deria kita yang membuat kita teringat bahawa deria kita tidak sempurna dan persepi kita mengenai dunia ini sering diputarbelitkan,” katanya.
Menurut Cihan Kilinckaya, pengarah muzium itu mengatakan salah satu ciri yang paling penting dalam muzium adalah watak pendidikan dan pengajaran. Kesemua ilusi optik yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada peraturan fizik.
“Ia adalah ruang yang sesuai untuk menghiburkan dan mengajar perjalanan ke dunia ilusi,” katanya.”Terdapat banyak teknik ilusi yang akan mengajar pelawat-pelawat mengenai visi dan pencerapan. – Xinhua