Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MWNBD lancar majlis bertadarus

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) hari ini telah melancarkan majlis bertadarus bulan Ramadan secara fizikal di kediaman Naib Yang Dipertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat di Kampung Manggis.

    Antara objektif majlis berkenaan adalah untuk menyemarakkan suasana bulan Ramadan di samping mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan memperbaiki dan menghalusi lagi bacaan.

    Di samping itu, ia juga meningkatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli persatuan yang bergabung dengan MWNBD dengan saling kunjung-mengunjungi dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan mengadakan majlis bertadarus.

    Terdahulu itu, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, pembacaan Al-Quran 30 juzuk secara bertadarus ini merupakan acara tahunan MWNBD yang mana pada tahun lepas, ia diadakan secara maya kerana negara pada ketika itu masih berhadapan dengan ancaman COVID.

    Kali ini, lebih 80 orang ahli daripada 13 buah persatuan iaitu Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Badan Kebajikan Isteri Pegawai-pegawai Kerajaan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI), Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait (PKP), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) dan Persatuan Kebajikan Gabongan Wanita Daerah Tutong (PERGANITA) menyertai majlis itu.

    Turut serta ialah ahli daripada Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA), Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Persatuan Belia Kampung Lambak
    (PERBEKAL), Persatuan Wanita Kampung Junjungan (PEWAJA) Persatuan Nurul Islam (PNI) dan Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI).

    Turut dijemput ialah ahli-ahli Biro Wanita Kampung Manggis dan Muslimah Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang.

    Majlis pelancaran tadarus MWNBD yang diadakan di kediaman Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam.
    Antara ahli yang lain menyertai dalam majlis tadarus di kediaman Naib Yang DiP Pertuan I.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda