Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MYAirline diarah beri penjelasan bertulis

    KUALA LUMPUR, 26 OKT – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah membuka siasatan terhadap MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Oktober 2023, berikutan pengumuman penangguhan operasi syarikat penerbangan tersebut pada 12 Oktober 2023.

    MAVCOM berkata surat tunjuk sebab tersebut menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.

    “MYAirline telah diarahkan untuk mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Oktober 2023,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

    Selepas menerima penjelasan bertulis MYAirline, MAVCOM akan menilai sama ada MYAirline layak untuk kekal sebagai pemegang ASL atau ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], katanya.

    MAVCOM berkata ia akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkaitan dengan siasatan tersebut minggu depan dan sedang melakukan penyiasayan terhadap MYAirline sekiranya ia melanggar syarat-syarat ASL yang lain. – Bernama

    Pesawat MYAirline ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan ketika tinjauan baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...