YANGON, 16 MAC – Myanmar menganjurkan Forum Pelaburan Yangon 2025 kelmarin bagi merancakkan pelaburan di wilayah itu, lapor Xinhua yang memetik akhbar milik kerajaan, The Mirror, hari ini.
Menteri Ekonomi Wilayah Yangon, U Myo Myint Aung, dalam ucapannya menekankan peranan Yangon sebagai hab utama ekonomi dan pelaburan, serta menekankan keperluan kerjasama untuk mempertingkatkan perusahaan tenaga dan elektrik, pertanian, perindustrian, perkhidmatan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Forum itu menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman berkaitan pelaburan serta lawatan ke 27 gerai pameran.
Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan mengenai ‘Pelaburan Tenaga & Prospek EV di Yangon,’ ‘Pertanian, Perindustrian dan Perkhidmatan di Yangon’ serta ‘Menghubungkan PMKS & Pelaburan di Yangon.’
Acara pemadanan dan menjalin rangkaian perniagaan turut diadakan bagi memudah cara hubungan antara pelabur tempatan serta antarabangsa. – Bernama
