Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Myanmar lanjut tempoh darurat sehingga enam bulan lagi

    YANGON, 31 JAN – Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) hari ini telah melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi, kata pasukan penerangan majlis itu.

    Menurut laporan media, Pemangku Presiden, U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan darurat selama enam bulan semasa mesyuarat NDSC hari ini.

    Pelanjutan itu dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negeri kerana keadaan yang tidak stabil dalam negara, kata laporan itu.

    Mesyuarat itu juga membincangkan perkara mengenai membanteras penipuan telekomunikasi, pembangunan negara dan promosi sektor pendidikan, persediaan untuk pilihan raya umum dan persediaan untuk bancian negara, kata laporan itu.

    Myanmar mengisytiharkan darurat pada Februari 2021 selama setahun dan kemudian dilanjutkan empat kali sehingga 31 Januari tahun ini. – Xinhua

    Para peserta menghadiri mesyuarat NDSC Myanmar di Nay Pyi Taw, Myanmar, pada 31 Julai 2023. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...