Saturday, November 23, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar rampas lebih 150kg dadah

    YANGON, 22 NOV – Pihak berkuasa Myanmar berjaya merampas sejumlah besar dadah di wilayah Mandalay dan Sagaing, menurut laporan Jawatankuasa Kawalan Penyalahgunaan Dadah Pusat (CCDAC) kelmarin.

    Rampasan tersebut melibatkan lebih 150 kilogram (kg) heroin, lebih 5 juta pil perangsang, 412kg dadah jenis ICE (methamphetamine) dan tiga tan kafein, lapor CCDAC.

    Pada 5 November lalu, pihak berkuasa merampas 51.03kg heroin, tiga tan kafein, 5.51 juta pil perangsang, dan 412kg ICE di kawasan Kale, wilayah Sagaing. Keesokan harinya, 13.2kg heroin dirampas di Kale, manakala 89.8kg heroin dirampas di Chanmyathazi, wilayah Mandalay.

    Menurut siasatan, dadah-dadah tersebut dipercayai berasal dari negeri Shan. Dalam operasi itu, 21 individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah telah ditahan.

    Kesemua suspek telah didakwa di bawah undang-undang negara dan siasatan lanjut sedang dijalankan, menurut CCDAC. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda