Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nabila dikatakan makin kelakar selepas kahwin

    Perkongsian video trend tarian yang dibuat penyanyi Nabila Razali menarik perhatian pengikut dan peminatnya di aplikasi TikTok, lapor mStar.

    Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap ‘gila-gila’ selepas mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.

    Menerusi perkongsian video terbaharu di aplikasi berkenaan, Nabila dilihat selamba menari dengan menggerakkan tangan mengikut trend semasa.

    “Nabila Razali rosak ke lepas kahwin, tapi muka makin berseri betul.

    “Lawanya walaupun tak makeup. Makin kelakar sejak kahwin.

    “Dari sebelum kahwin tahan ni. Dah kahwin boleh dah tidak behave sebab dah ada yang punya,” tulis warganet.

    Video dikongsi Nabila itu menerima dua juta tontonan di TikTok.

    Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan, 38, sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang. – Agensi

    Warganet puji Nabila yang semakin kelakar selepas bergelar isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...