Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo di Cheradi Ratna Otika, Istana Nurul Iman.

    Secara berasingan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap TYT Xiao Jianguo dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan merakamkan penghargaan atas hubungan sekian lama terjalin antara kedua-dua buah negara dengan Brunei serta merakamkan harapan duta dan pesuruhjaya tinggi berkenaan kejayaan dalam tugasan mereka.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menerima mengadap TYT Xiao Jianguo di Cheradi Ratna Otika, Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap TYT Xiao Jianguo. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima mengadap TYT Laurence Bay Siow Hon di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...