Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Razali hamil anak pertama

    Selepas hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengumumkan hamil anak sulung.

    Nabila, 32, berkata, dia dan suami iaitu Nik Iruwan Nik Izani, 39, dijangka menimang anak damit sulung mereka pada Januari tahun depan.

    Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata pertama, Nabila menyifatkan kehadiran cahaya mata sulung ini merupakan detik paling bermakna buat dirinya dan suami.

    “Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami.

    “Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar, hari ini.

    Sebelum itu, Nabila turut memuat naik foto bertemakan poster lem yang tertera tulisan ‘Meet the Parents’.

    “Nik and Bella Jr. is on the way!” tulisnya pada bahagian kapsyen gambar.

    Bercerita mengenai keadaannya yang sedang sarat hamil, Nabila memberitahu dia berada dalam keadaan baik cuma mudah berasa letih.

    Bagaimanapun kata Nabila, dia tetap meneruskan karier seni seperti biasa memandangkan terdapat beberapa projek yang telah dipersetujui lebih awal. – Agensi

    Nabila bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda