Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila terbuka terima lamaran cinta

    Soal jodoh, penyanyi lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua, Nabila Razali, 29, belum memikirkan secara serius, namun tidak menolak kehadiran lelaki yang mahu mengenali hati budinya.

    Tanpa berselindung, Nabila berkata, bukan perkara luar biasa apabila diajukan persoalan jodoh dan perkahwinan kepadanya, apatah usia menghampiri 30 tahun.

    Namun, katanya, dia tidak sesekali melatah, sebaliknya menjawab dengan baik.

    “Saya gementar nak ulas soal jodoh. Sejujurnya, saya seronok melihat dan mendengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai cahaya mata.

    “Buat masa sekarang, saya betul-betul mahu fokus dengan kerjaya, belum lagi memikirkan soal jodoh.

    Nabila Razali terbuka menerima kehadiran lelaki. – Agensi

    “Namun, pintu hati saya sentiasa terbuka menerima kehadiran lelaki yang serius mahu mendekati,” katanya.

    Nabila ulas persoalan jodoh ketika menjawab pertanyaan peminat pada sidang media eksklusif BeauRaya secara virtual pada Sabtu lalu.

    Selain Nabila, sidang media secara virtual itu turut disertai Siti Nurhaliza, Izara dan Hawa Rizwana.

    Sesi virtual secara eksklusif itu diadakan untuk pengguna produk BeauSiti untuk memberi inspirasi dan semangat positif dalam menghadapi cabaran era pandemik.

    Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Nabila berkata, dia kini sudah bersedia untuk menghasilkan single terbaharu.

    “Jika album, mungkin masih jauh perjalanan lagi. Namun, saya akhirnya menemui karya yang sesuai untuk single terbaharu selepas kali terakhir merakamkan lagu Peluang Kedua, tahun lalu.

    “Insya-Allah, single terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya mengharapkan pendengar menyokong single terbaharu saya nanti,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda