Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Dayang Nurul Nabilah binti Haji Mohamad Suni bagaikan menerima durian runtuh apabila beliau berjaya memenangi hadiah utama Promosi Cabutan Utama Hyundai Accent dan membawa pulang sebuah kereta baru, Hyundai i40, hari ini.
Dalam acara utama Promosi Cabutan Utama Hyundai Accent yang berlangsung di Dewan Pameran Setia Motors, Beribi, seramai lima orang finalis yang terpilih membuat cabutan untuk menentukan pemenang hadiah utama promosi iaitu sebuah kereta Hyundai i40.
Hadir di acara berkenaan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Setia Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Mui’z dan Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin.
Dalam acara utama berkenaan, hadiah kedua berupa sebuah televisyen LED Sony 32 inci tajaan Insurans Islam TAIB dimenangi oleh Dayang Nur Aqidah binti Haji Mataha dan hadiah ketiga berupa telefon bimbit Samsung Galaxy J5 tajaan Setia Service dimenangi oleh Dayang Nur’Amirah binti Ibrahim.




Sementara itu, hadiah keempat berupa tiket penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur tajaan Baiduri Finance Berhad dimenangi oleh Awang Hamdan bin Haji Ma’arub dan hadiah kelima berupa peranti pintar Samsung Galaxy Tab A6 tajaan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) At-Tamwil dimenangi oleh Awang Muhammad Rafie bin Alias.
Promosi Cabutan Utama Hyundai Accent bermula pada 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini di mana sebanyak 743 orang pelanggan layak untuk memasuki cabutan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak lima finalis telah terpilih dalam cabutan yang diadakan pada 7 Julai lalu.