Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Nadal tundukkan Cobolli di Terbuka Barcelona

    BARCELONA, 17 APRIL – Rafael Nadal menang mudah ke atas Flavio Cobolli setelah kembali daripada kecederaan di Terbuka Barcelona, kelmarin.

    Juara Grand Slam 22 kali itu tidak bermain dalam perlawanan Jelajah ATP sejak Januari tetapi menundukkan pemain Itali itu 6-2, 6-3 dalam masa satu jam 25 minit untuk mara ke pusingan kedua.

    Nadal, 37, boleh bermain di atas tanah liat buat kali pertama sejak memenangi Terbuka Perancis pada 2022 dan menunjukkan kecemerlangannya seperti biasa dalam persembahan yang mantap.

    “Ia merupakan permulaan yang baik, apabila awda kembali, awda tidak dapat menghilangkan keraguan dalam satu hari, lebih-lebih lagi pada tahap fizikal,” kata Nadal kepada TVE.

    “Dalam apa yang boleh berlaku, ia merupakan pusingan pertama yang baik. Dia melakukan kesilapan dan saya fikir saya bermain permainan yang perlu saya mainkan,” jelasnya.

    Nadal yang telah memenangi Roland Garros dengan rekod 14 kali berharap untuk bermain di sana pada bulan Mei dalam apa yang dijangkakan sebagai tahun terakhir kerjaya profesionalnya.

    Raja gelanggang tanah liat itu, yang terlepas sebahagian besar daripada kecederaan pada 2023, akan menentang Alex de Minaur hari ini selepas melepasi Cobolli.

    “Ia akan berlaku dengan kelajuan yang saya tidak tahu sama ada saya akan dapat bersaing, tetapi saya akan cuba,” kata Nadal mengenai berdepan De Minaur di ranking ke-11 itu.

    Selepas melakukan kesilapan berganda tertinggal 30-0, Nadal menemui rentaknya, dengan Cobolli terasa terancam oleh sokongan padu untuk pemain Sepanyol itu di gelanggang yang dinamakan sempena namanya. – AFP

    Aksi Nadal semasa perlawanan perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka ATP Barcelona di Real Club de Tenis di Barcelona pada 16 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...