Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadhir Nasar sedang perbaiki bahasa

    Pelakon Nadhir Nasar tidak tersinggung apabila ada segelintir pihak berasa kurang senang dengan tindakannya dilihat kerap bertutur dalam bahasa Inggeris semasa ditemu bual media.

    Mengakui dirinya seorang pencinta bahasa, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, berkata perkara itu bukanlah satu isu besar kerana dia masih lagi mengutamakan bahasa ibunda dalam pertuturan harian.

    “Saya selesa menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Saya cintakan bahasa.

    “Kalau siapa yang ikut saya di aplikasi X pun tahu saya menulis menggunakan bahasa Melayu sastera. Saya rasa ia tiada masalah langsung sebab ia juga bergantung pada sesuatu majlis,” katanya kepada mStar.

    Nadhir berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

    Nadhir (kanan) bersama duta Bulan Bintang 2024 lain. – mStar

    Kata pelakon drama Projek: High Council itu lagi, dia tidak bersetuju jika ada warganet berpendapat bertutur dalam bahasa Inggeris itu dilihat seperti berlagak dan sombong.

    Bahkan aktor itu berpendapat ia sesuatu yang bagus untuk dirinya memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris.

    “Ia boleh menambah baik penggunaan bahasa Inggeris saya jadi saya tak setuju bila ada yang kata bercakap bahasa Inggeris ni poyo la, sebab akhirnya kita dapat memperbaiki kita punya bahasa.

    “Saya punya grammar pun tak betul lagi, tapi tidak mengapa saya belajar. Tapi apa-apa pun bahasa Melayu tetap perlu diutamakan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda