Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas helikopter Rusia, 4 terbunuh

    MOSCOW, 27 JULAI — Sebuah helikopter terhempas di wilayah Siberia, Rusia hari ini, mengakibatkan empat daripada penumpang terbunuh dan mencederakan 10, lapor pegawai kecemasan Rusia.

    Helikopter Mi-8 itu terbakar ketika ia mendarat di Republik Altai, selatan Siberia dan melanggar talian elektrik, kata Kementerian Kecemasan Rusia cawangan Altai. Ia mengeluarkan gambar yang menunjukkan serpihan helikopter itu.

    Kenyataan awal cawangan itu mengatakan helikopter tersebut membawa 13 orang di mana enam daripadanya terbunuh dan tujuh cedera. Pegawai kemudiannya mengemas kini jumlah tersebut, mengatakan jumlah keseluruhan penumpang adalah 16 orang dan empat daripadanya meninggal dunia.

    Dua orang yang dipercayai maut telah meninggalkan lokasi nahas sendirian dan pergi ke hospital terdekat, menurut keny ataan terkini.

    Agensi berita kebangsaan Rusia, RIA Novosti melaporkan, memetik pengawal selia penerbangan awam negara itu, Rosaviatsia, bahawa helikopter tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta dan membawa sekumpulan pelancong. – AP

    Dalam imej yang disediakan oleh perkhidmatan akhbar Kementerian Situasi Kecemasan Rusia ini, anggota bomba memadamkan kebakaran helikopter Mi-8 selepas nahas berhampiran perkampungan Tyungur, Republik Altai di selatan Siberia, Rusia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda