Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Nahas trak ragut 14 jiwa

    BACOLOD, 21 FEB – Sebuah trak yang membawa penduduk kampung jatuh ke dalam gaung yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang penumpang maut di bahagian tengah Filipina, menurut kenyataan polis hari ini.

    Tiga yang lain di dalam trak itu, termasuk pemandu, cedera parah dalam kemalangan tengah hari ini di bandar Mabinay di wilayah Negros Oriental, kata jurucakap polis, Lt. Stephen Polinar.

    Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan, tetapi pemandu pada mulanya memberitahu penyiasat bahawa kegagalan brek menyebabkannya hilang kawalan,
    yang kemudian mengakibatkannya terbabas dari jalan konkrit dan terjunam ke dalam jurang sedalam 40 meter, Polinar memberitahu The Associated Press melalui telefon.

    Kawasan pergunungan itu dilanda hujan lebat sejak dua hari lalu dan jalan raya mungkin licin, katanya.

    Kebanyakan penumpang sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung untuk membeli haiwan ternakan, kata Polinar.

    Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Filipina kerana penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah, kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan dan papan tanda keselamatan jalan raya yang tidak mencukupi terutamanya di kawasan luar bandar. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...