Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Naib Presiden Iran akan ganti Raisi

    TEHRAN, 20 MEI – Naib Presiden pertama Iran, Mohammad Mokhber, 68, dijangka mengambil alih jawatan Presiden selepas kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter ketika negara itu bersiap sedia untuk pilihan raya awal.

    Perlembagaan Iran menetapkan bahawa Naib Presiden pertama mengambil alih ‘sekiranya berlaku kematian, pemecatan, peletakan jawatan, ketidakhadiran atau sakit selama lebih daripada dua bulan’ oleh Presiden.

    Susulan itu, pelantikan sementara Mokhber memerlukan persetujuan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua urusan negara.

    Sementara itu, Pilihan Raya Presiden untuk memilih pengganti tetap akan diadakan dalam tempoh 50 hari, mengikut Perlembagaan.

    Sebuah majlis yang terdiri daripada Speaker Parlimen, Ketua Badan Kehakiman dan Naib Presiden akan ditugaskan untuk mengatur undi nasional.

    Naib Presiden Mohammad Mokhber bercakap pada majlis meletakkan batu asas di wilayah selatan Iraq pada 2 September 2023. – AFP

    Mokhber yang dilantik sebagai Naib Presiden ketika Raisi memegang jawatan pada Ogos 2021, dilahirkan di bandar Dezful di wilayah barat daya Khuzestan, di mana beliau memegang beberapa jawatan rasmi.

    Selama bertahun-tahun sejak 2007, Mokhber mempengerusikan Pelaksanaan Perintah Imam Khomeini, sebuah organisasi ke-rajaan yang ditugaskan untuk menguruskan harta yang dirampas berikutan revolusi Islam 1979.

    Yayasan itu, yang ditubuhkan pada 1980an sudah berkembang selama bertahun-tahun menjadi sebuah konglomerat ekonomi negeri yang utama dengan saham dalam pelbagai sektor.

    Warga Iran menuju ke tempat mengundi untuk pilihan raya presiden setiap empat tahun sejak undian pertama republik Islam itu pada 1980.

    Jawatan Perdana Menteri tidak wujud di Iran dan Presiden dibantu oleh beberapa Naib Presiden bertanggungjawab melantik dan mengarahkan Kabinet. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...