Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Naik taraf Pantai Jerudong untuk tarikan pelancong

    Baru-baru ini, saya berkunjung ke Pantai Jerudong dan melihat kawasan itu semakin meriah dengan para peniaga di pondok jualan dan kaki-kaki limanya.

    Ketika menelusuri gerai kayu yang berlatarbelakangkan pemandangan indah pantai dan nelayan yang baru pulang dari laut, saya beranggapan lebih elok didirikan pondok kekal untuk jualan-jualan makanan atau gerai makan.

    Setakat ini, hanya di Pantai Serasa dan Muara sahaja yang ada menyediakan infrastruktur kekal bagi jualan makanan dan minuman, tempat joging, santai bersama keluarga dan sebagainya. Namun rasanya ia belum mencukupi untuk menjadi tarikan pelancong.

    Jika dibina gerai makanan laut berlatarbelakangkan keindahan Pantai Jerudong, kawasan itu pasti akan menjadi satu lagi tarikan yang boleh kita masukkan dalam senarai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Brunei.

    Selain itu, dengan adanya gerai makanan di sana, ia boleh membantu meningkatkan pendapatan nelayan tempatan manakala pengusaha gerai pula memperolehi bekalan makanan laut segar.

    EL

    Gambar serahan penulis menunjukkan sebahagian gerai di Pantai Jerudong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...