Wednesday, June 26, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Najmi Niery diberi gelaran ‘Afgan Malaysia’

    Penyanyi Malaysia, Najmi Niery tidak menyangka lagu Dekati mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pendengar di Indonesia.

    Memetik laporan mStar, Najmi berkata, “Ketika mencipta lagu ini, ia sekadar cara saya meluahkan apa terbuku di dalam hati tetapi saya anggap ini rezeki untuk orang baru seperti saya.

    “Ia menjadi karya diminati ramai pendengar terutamanya di Indonesia,” katanya kepada mStar.

    Selain Najmi, Dekati turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Ari Renaldi.

    Dalam pada itu, kejayaan menembusi pasaran negara sebarang membuktikan ramai pihak menyangka beliau merupakan bakat asal Indonesia.

    “Ramai sangka saya penyanyi asal sana apatah lagi lagu berkenaan mempunyai ‘bunyi’ yang mesra pendengar seberang.

    “Tapi saya anggap ini rezeki saya dan sedikit sebanyak memperkenalkan nama saya dalam kalangan peminat,” jelasnya.

    Tidak hanya itu, ada juga menggelarkan beliau sebagai Afgan Malaysia apabila vokalnya dikatakan mirip penyanyi tersebut.

    Bangga dengan perkara itu kerana menganggap ia sebagai hadiah daripada peminat apabila disamakan dengan Afgan.

    “Apa sahaja gelaran peminat bagi saya terima dengan hati terbuka sebab itu bukti mereka mula mengenali saya.

    “Ia sudah cukup buat saya semangat dan gembira sebab kehadiran saya diterima baik,” jelasnya.

    Setakat ini, Dekati sudah pun mencecah dua juta strim di semua platform digital.

    Najmi juga sebelum ini pernah menyertai beberapa festival muzik seperti Southeast Serenade Festival Makassar, Malam Galau 2.0 dan Malam Terpaling Galau tahun lalu. – Agensi

    Najmi Niery tidak menyangka lagunya mampu menembusi pasaran Indonesia. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Korea Utara lawat Rusia ‘apabila semua syarat dipenuhi’

    TEHRAN, 25 JUN - Lawatan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila ‘semua syarat yang diperlukan dipenuhi’ dan asas untuk menandatangani...