Tuesday, March 5, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    NAM sentiasa menyokong perjuangan Palestin – utusan Palestin ke PBB

    KAMPALA, 16 JAN – Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) senantiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.

    “Sejak awal penubuhannya NAM senantiasa menyokong kepentingan hak rakyat Palestin…,” kata Utusan Palestin ke PBB Riyad Mansour kepada wartawan di Kampala pada Isnin sempena sidang kemuncak NAM yang sedang berlangsung.

    Uganda menganjurkan sidang kemuncak itu ketika dunia sedang mengecam ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin, menyaksikan lebih 24,000 terbunuh di Semenanjung Gaza sejak 100 hari lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 60,000 lagi cedera.

    Serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak mingguan negara anggota NAM.

    Sementara itu, duta PBB untuk Uganda Adonia Ayebare berkata: “Isu Palestin adalah agenda yang diatur secara khas dan jawatankuasa menteri akan bersidang dan satu deklarasi akan dirundingkan oleh negara-negara anggota.”

    Bertemakan “Deepening cooperation for shared global affluence”, sidang itu akan membincangkan dan mengeluarkan pengumuman mengenai isu-isu utama termasuk ketegangan geopolitik dari Timur Tengah hingga Laut China Selatan, isu hak asasi manusia, perubahan iklim, jenayah rentas sempadan, pembangunan dan multilateralisme (faham pelbagai hala).

    Lebih 100 negara anggota NAM dan pemerhati telah menghantar wakil ke sidang kemuncak itu. – Bernama

    Seorang warga Palestin melihat kemusnahan selepas serangan Israel di sebuah bangunan kediaman di Deir al Balah, Semenanjung Gaza, pada 14 Januari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara ancam ambil langkah ketenteraan

    SEOUL, 5 MAC - Korea Utara menggelar latihan ketenteraan Korea Selatan-Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung sebagai plot untuk menyerang negara itu, kerana ia...