Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Nampak cantik walaupun pakai baju terbalik’

    Penampilan penyanyi Lisa Blackpink sekali lagi menjadi bualan warganet apabila mengenakan baju secara terbalik, perkara itu dikongsi menerusi portal mStar.

    Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal berkongsi beberapa keping foto dia sedang bercuti di Paris.

    Namun perkongsiannya itu menarik perhatian warganet apabila penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat mengenakan sweater dengan perkataan ‘Blackpink’ secara terbalik.

    Malah dalam foto itu juga terlihat jelas jahitan daripada dalam baju membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi berkenaan sengaja memakai baju terbalik.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya tetap memuji kejelitaan Lisa walaupun dia mengenakan gaya tersebut.

    “Dia pakai apa pun nampak cantik, sekali imbas tak perasan pun terbalik.

    “Saya baru perasan dia pakai baju terbalik, mungkin akan jadi ikutan nanti.

    “Saya rasa dia sengaja pakai baju terbalik sebab nak tunjuk nama Blackpink,” antara komen warganet. – mStar

    Penampilan baju terbalik Lisa bakal menjadi ikutan peminat. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda