MILAN, 2 Okt – Napoli mengungguli persada Serie A dengan kemenangan 3-0 ke atas Cagliari sementara rentetan kemenangan juara Juventus berakhir selepas seri 2-2 di Atalanta.
Keputusan seri itu telah menamatkan enam rentetan kemenangan Juve, menyebabkan mereka berkongsi mata yang sama dengan Inter Milan, yang menewaskan Benevento 2-1, di tempat kedua, dengan Napoli berada di puncak dengan 21 mata.
“Saya pada mulanya bimbang, kerana kami mungkin tewas dan setiap mata adalah penting menjelang hujung musim nanti,” kata jurulatih Juve, Massimiliano Allegri.
Juventus mendahului dua gol di Bergamo selepas Federico Bernardeschi membuka jaringan pada minit ke-21 dan Gonzalo Higuain menambah gol kedua empat minit kemudian.
Tetapi pertahanan yang dipinjam dari Juventus, Mattia Caldara menyudahkan bola yang melantu untuk Atalanta selepas setengah jam perlawanan bagi mengekalkan saingan hos menjelang rehat.
Mario Mandzukic fikir bahawa dia sudah menjadikan kedudukan 3-1, tetapi ia tidak dibenarkan apabila video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan Stephan Lichtsteiner menyiku Gomez di muka.
Bryan Cristante menanduk masuk hantaran lintang Alejandro Gomez untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-67 bagi Atalanta, yang menamatkan di tempat keempat Serie A musim lepas.
Paola Dybala terlepas satu peluang untuk memastikan kemenangan ketika perlawanan berbaki sembilan minit apabila Juve dihadiahkan penalti, juga melalui VAR, selepas bola terkena tangan Andrea Petagna di dalam petak.
Tetapi penjaga gol Albania Etrit Berisha menyelamatkan penalti itu, mengecewakan penyerang Argentina itu yang ketika ini merupakan penjaring terbanyaik Serie A dengan 10 gol.
“Terdapat beberapa pasukan yang mampu menjejaskan Jyve dan kami antaranya,” kata Gomez.
“Kami leka di minit awal, tetapi kemudian kami mempunyai perlawanan gebat. Saya bangga dengan pasukan ini.”
Napoli telah menghasilkan satu lagi kemenangan besar dengan kapten Marek Hamsik membuka jaringan pada minit keempat, kini hanya ketinggalan satu gol di belakang rekod 115 gol legenda Argentina, Diego Maradona bagi kelab itu.
Dries Mertens menambah kelebihan Napoli pada minit ke-40 sebelum Kalidou Koulibaly melengkapkan kemenangan ketujuh dua minit selepas rehat.
Tetapi meskipun dengan rekod 25 gol dalam tujuh perlawanan, jurulatih Napoli Maurizo Sarri menolak perbincangan bagi saingan gelaran. – AFP