Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    NASA lancar satelit perubahan iklim

    WASHINGTON, 26 MEI – Satelit NASA yang kecil dilancarkan dari New Zealand kelmarin dengan misi meningkatkan ramalan perubahan iklim melalui ukuran haba yang keluar dari kutub Bumi buat kali pertama.

    “Dengan maklumat baharu yang belum pernah kami miliki ini, akan meningkatkan keupayaan kami untuk memodelkan apa yang berlaku di kutub dan dalam iklim,” kata pengarah penyelidikan sains bumi NASA, Karen St. Germain pada sidang akhbar baru-baru ini.

    Satelit sebesar kotak kasut itu dilancarkan oleh roket Electron yang dibina oleh syarikat Rocket Lab akan berlepas dari Mahia di utara New Zealand. Misi pelancaran ini dipanggil PREFIRE.

    Syarikat itu kemudiannya melancarkan satelitnya sendiri yang serupa.

    Satelit itu berfungsi untuk mengambil ukuran inframerah di atas Artik dan Antartika yang jauh untuk mengukur haba yang dilepaskan kutub ke angkasa secara langsung.

    “Ini penting kerana ia membantu mengimbangi lebihan haba yang diterima di kawasan tropika dan benar-benar mengawal suhu bumi,” kata Tristan L’Ecuyer, penyelidik misi yang bergabung dengan Universiti Wisconsin, Madison.

    Dengan PREFIRE, NASA boleh memahami bagaimana awan, kelembapan atau pencairan ais ke dalam air mempengaruhi kehilangan haba dari kutub ini.

    Sehingga kini, model yang mengukur kehilangan haba adalah berdasarkan teori dan bukannya pemerhatian sebenar, kata L’Ecuyer.

    “Mudah-mudahan, keupayaan kami mensimulasikan kenaikan paras laut pada masa hadapan meningkat dan juga bagaimana perubahan iklim kutub akan menjejaskan sistem cuaca di sekitar planet ini,” tambahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...