Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasi lemak menu pilihan ramai!

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Memang sudah tidak diragui, nasi lemak bukan sahaja menjadi hidangan yang terkenal di negara kitani, bahkan di negara luar, di mana ia biasanya dijadikan hidagan sarapan pagi jika suka selain dimakan sebagai alas perut dan sebagainya.
     
    Ia merupakan sajian ringkas yang terdiri daripada nasi lemak (nasi yang dimasak dengan santan) dan dihidangkan bersama ayam goreng. 
     
    Hidangan ini juga biasanya disertai dengan telur rebus, timun, kacang tanah goreng dan sambal. Hidangan ini mudah dijumpai di mana-mana restoran, pasar malam dan sebagainya.
     
    Bahan-bahan
     
    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak terbahagi kepada beberapa bahagian, yang pertama bahan untuk nasi lemak terdiri daripada beras, santan, daun pandan, air secukupnya, bawang kecil dan bawang putih yang dihiris, serai, halia yang diketuk, sedikit pewarna dan garam secukupnya.
     
    Manakala bahan yang diperlukan untuk membuat sambal ikan bilis adalah ikan bilis, cili kering kisar, belacan, air asam jawa, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus, bawang besar, garam serta gula secukup rasa sementara bahan yang digunakan untuk membuat ayam goreng adalah ayam, halia, serai, bawang besar, cili kering kisar, garam, gula, serbuk kunyit dan serbuk kari. 
     
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Cara penyediaan
     
    Cara untuk membuat nasi lemak, mula-mula panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih, kemudian masukkan halia serai serta simpulan daun pandan. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk, masukkan  santan, air daun pandan, garam serta beras lalu tambah air secukupnya. 
     
    Setelah nasi masak bolehlah dihidang dengan lauk atau bahan sampingan. Bahan sampingan terdiri daripada ikan bilis, ayam, telur rebus serta hirisan buah timun.
     
    Manakala cara untuk membuat sambal pula, mula-mula panaskan kuali, tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili garing. 
     
    Selepas itu, masukkan belacan serta air asam jawa dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis serta bawang besar, gaul dan seterusnya tambah garam serta gula secukup rasa, jika rasanya sesuai barulah diangkat untuk dihidangkan.
     
    Cara untuk membuat ayam goreng, mula-mula ayam hendaklah dibersihkan dan dipotong, kemudian masukkan halia, serai, bawang besar dan dikisar hingga halus.
     
    Selepas itu, masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk kari serta garam dan gula dan gaul sebati ayam dan bahan-bahannya. Perapkan dahulu sebelum digoreng, lebih lama ia diperap lagi sedap rasanya. 
     
    Selepas itu hidangkan ayam bersama nasi, sambal, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis dan ia kini sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
     

    Bahan untuk nasi lemak:

    Beras
    1 kotak santan -200ml
    4 helai daun pandan
    Air secukupnya untuk menanak nasi
    3 ulas bawang kecil – dihiris
    2 ulas bawang putih – dihiris
    1 batang serai – dihiris
    1 inci halia diketuk
    Sedikit pewarna hijau
    Garam secukupnya

    Bahan untuk sambal ikan bilis:

    Ikan bilis
    2 cawan cili kering kisar
    Sedikit belacan
    Air asam jawa
    4 ulas bawang merah – dihiris halus
    2 ulas bawang putih – dihiris halus
    2 biji bawang besar – dihiris bulat
    Garam serta gula secukupnya

    Bahan untuk ayam goreng berempah:

    1/2 ekor ayam dipotong kecil
    2 inci halia
    3 batang serai
    2 biji bawang besar
    1 senduk cili kering kisar
    Garam
    Gula
    Sedikit serbuk kunyit
    Sedikit serbuk kari

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda