Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Nasib trio curi, pecah rumah diketahui 24 Jun

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Tiga orang lelaki hari ini menafikan tuduhan pecah rumah dan curi di Mahkamah Perantaraan.

    Hakim Pengiran Masni Pengiran Bahar menetapkan 24 Jun untuk menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes itu.

    Pertuduhan Pendakwa Raya Nur Hidayatul Aeny Alisah Haji Zullizam terhadap Mohammad Zulazlainie bin Zolealiffin, 33; Zoelaliffin bin Haji Mohammad Zaini, 55; dan Pengiran Rafiuddin bin Pengiran Mohamad, 37, merangkumi pelbagai insiden, lokasi dan tarikh, melibatkan dakwaan pecah rumah dan curi.

    Pertuduhan terhadap Mohammad Zulazlainie termasuk beberapa pertuduhan mencuri, Zoelaliffin berdepan pertuduhan tambahan berkaitan pecah rumah dan curi, manakala Pengiran Rafiuddin terbabit dalam pertuduhan pecah rumah dan curi.

    Secara keseluruhan, ketiga-tiga defendan secara kolektif menghadapi 15 pertuduhan, melibatkan lokasi-lokasi di Jalan Muara, Kampung Kapok, Gadong, Batu Satu, Tanah Jambu, Tanjong Bunut dan Kilanas, daripada kedai makan hingga kenderaan antara Februari hingga April.

    Defendan-defendan memohon dibebaskan dengan ikat jamin, bagaimanapun Hakim Pengiran Masni menolak permohonan itu, bersetuju dengan bantahan pihak pendakwaan.

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Louvre pasang 100 kamera, tingkat kawalan keselamatan

    PARIS, 20 NOV – Ketua Muzium Louvre kelmarin berkata...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Rakyat Malaysia didakwa di Singapura berkaitan sindiket penipuan Kemboja

    KUALA LUMPUR, 19 NOV - Seorang lelaki warga Malaysia...

    Persiapkan murid hadapi ancaman siber

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV - Seramai...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...