Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Natalie Sarah menyesal kahwin lari tanpa restu

    Pelakon Indonesia, Natalie Sarah menyesal kerana pernah bertindak berkahwin lari bersama bekas suaminya, Dian Rahmat Ginanjar sebelum ini, lapor mStar.

    Natalie, 41, berkata, ketika itu dia percaya keputusan itu sebagai tepat namun mulai sedar restu ibu bapa sangat penting apabila perkahwinannya mula dilanda badai.

    “Restu ibu bapa itu sangat penting. Apa sahaja pilihan ibu bapa, insya-Allah adalah yang terbaik untuk anak-anak.

    “Tapi jika kita langgar dan melawan cakap ibu bapa, hubungan itu tidak akan bertahan lama,” katanya.

    Selepas bertindak kahwin lari sekitar 23 tahun lalu, Natalie menjadi mualaf dan me-ngakui keputusan memeluk Islam ditentang keluarga.

    “Tiada siapa membantu saya kecuali ibu selepas saya dihalau keluarga,” katanya.

    Tabah berdepan ujian hidup, Natalie bersyukur kerana kehidupannya kini kembali normal walaupun pernah berada dalam keadaan tertekan selepas ibunya meninggal dunia pada 2017.

    Natalie kemudiannya bertemu jodoh dengan Abdullah Rizal pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata. – Agensi

    Natalie bahagia selepas peluk Islam dan berkahwin dengan Abdullah Rizal. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda