Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Nazrey Johani bakal jayakan konsert ulang tahun Raihan

    Penyanyi nasyid dan pendakwah Nazrey Johani terbuka untuk sama-sama menjayakan Konsert Garis Masa Raihan yang bakal diadakan pada 18 Februari ini.

    Nazrey, 51, berkata, idea asal konsert tersebut bersempena meraikan ulang tahun ke-26 penubuhan Raihan memang membabitkan dirinya bagaimanapun atas masalah tertentu perkara itu tidak menjadi kenyataan.

    “Pada dasarnya saya mendapat tahu, memang idea nak membuat konsert Raihan itu melibatkan saya. Tapi tidak berjaya mungkin kerana kurang persediaan. Saya tidak pasti. Saya cuma nak cakap yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

    “Setelah tidak berjaya, saya juga sudah dihubungi oleh bekas pengurus Raihan, Farihin untuk sekali lagi merancang konsert itu tahun ini. Mungkin mereka tidak pasti saya betul-betul bersedia atau tidak untuk melibatkan diri,” jelasnya lagi.

    Nazrey berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Saujana 25 Tahun yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

    Nazrey tiada masalah untuk jayakan konsert bersama Raihan. – Agensi

    Nazrey berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjayakan konsert tersebut namun pihaknya masih belum menerima surat hitam putih daripada pihak kumpulan Raihan untuk terlibat dalam konsert itu.

    “Saya tiada apa-apa masalah untuk menjayakan konsert itu, selepas Farihin telefon, mereka juga sudah dapat kepastian daripada saya. Bagi saya konsert ini kena dijayakan untuk peminat dan hiburan Islam,” tambahnya.

    Sebelum ini, Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 November tahun lalu ditunda ke tahun ini.

    Anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris atau Che Am memberitahu, penundaan konsert itu kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti Pilihan Raya Umum ke-15 dan keadaan cuaca tidak menentu.

    Selepas perbincangan dengan pihak penganjur, mereka memutuskan untuk menunda konsert itu pada 18 Februari 2023, sempena sambutan Israk Mikraj. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...