Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nazrey Johani dapat peluang kedua perjuang nasyid

    Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey, mengubat kerinduan apabila muncul dengan kolaborasi bersama kumpulan nasyid Zawfan menerusi lagu Bismillahir Rahmanir Rahim.

    Nazrey atau Nazrey Johani Abdullah, 51, berkata, dia berasa terharu kerana diberi peluang kedua untuk memperjuangkan semua muzik nasyid yang menggunakan 100 peratus pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan.

    “Saya sangat berasa gembira dapat memulakan semula selepas 25 tahun tiada lagi lagu-lagu seperti ini.

    “Allah beri saya peluang untuk mulakan semula. Waktu saya masih hidup, Allah pilih saya balik untuk memperjuangkan lagu-lagu seperti ini semula,” katanya kepada mStar.

    Bismillahir Rahmanir Rahim menggabungkan gubahan dan susunan berserta alunan vokal berharmoni di dalam lagu yang pastinya mengimbau nostalgia pendengar kepada nasyid era 90-an.

    Malah, Zawfan sendiri mengambil inspirasi daripada muzik-muzik nasyid yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan satu ketika dahulu.

    Nazrey sendiri tidak gentar sekiranya nyanyian mereka dibandingkan dengan Raihan kerana menganggap hanya mahu memperjuangkan irama nasyid gendangan.

    Mengulas lanjut tentang penerimaan generasi muda terhadap muzik klasik nasyid, ahli kumpulan Zawfan iaitu Hafiz Tarmizi menjelaskan mereka tidak menolak dengan pembaharuan industri muzik.

    Kata Hafiz, mereka percaya kewujudan nasyid asli seperti ini dapat menarik lebih
    ramai peminat terhadap lagu keagamaan. – Agensi

    Nazrey buat kemunculan bersama kumpulan nasyid Zawfan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda