LOS ANGELES, 27 Feb – Russell Westbrook menjaringkan 21 mata dalam suku keempat dalam laluan menghasilkan ‘triple double’ ke-29 musim ini ketika pasukan Oklahoma City Thunder menewaskan New Orleans Pelicans 118-110 semalam.
Westbrook menghasilkan ‘triple-double 40 mata’ ketujuhnya sepanjang kerjaya, yang mengikatnya bersama Wilt Chamberlain bagi kedua terbanyak dalam sejarah NBA.
Westbrook menamatkan dengan 41 mata dengan 14 daripada 29 jaringan dari atas gelanggang di depan 18,200 penonton di Chesapeake Energy Arena, Thunder. Dia juga mencatatkan 11 ‘rebound’ dan 11 asis.
“Saya hanya terus berada dalam rentak serangan dan cuba untuk membantu kami menang,” kata Westbrook.
21 mata adalah yang terbanyak Westbrook jaringkan pada suku keempat sepanjang kerjayanya.
“Saya rasa sepanjang perlawanan, saya cuba untuk mencari jalan untuk mendapatkan kedudukan saya,” kata Westbrook. “Malam ini ia adalah suku keempat. Pada sebahagian malam ia mungkin terlalu awal, malam lain ia mungkin lewat. Saya hanya terus beraksi.
“Perlawanan akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Jika sesuatu berkesan, saya akan terus melakukannya.”
Enes Kanter diturunkan dari bangku simpanan untuk menambah 20 mata dan sembilan ‘rebound’. Steve Adams dan Alex Abrines masing-masing mencatatkan 13 mata bagi Thunder.
Anthony Davis mengetuai Pelicans (23-37) dengan 38 mata dan tujuh ‘rebound’.
“Saya rasa kami beraksi dengan baik,” kata jurulatih New Orleans, Alvin Gentry. “Saya rasa kami melakukan tugasan yang baik. Kami memulakan perlawanan dengan cara yang betul.
“Di akhir perlawanan, Russ memastikan semua beraksi dengan baik. Anda perlu memberikan mereka pujian.”
Pemain penyerang Pelicans, DeMarcus Cousins menambah 31 mata dan 10 ‘rebound’ sebelum terjejas.
Cousins mendapatkan faul teknikal 32 saat dalam perlawanan. Ia adalah yang ke-18 musim ini bagi Cousins yang bermakna dia digantung bagi satu perlawanan. – AFP