Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa belum lagi bersalin

    Khabar mengenai pengacara dan usawahan Malaysia, Neelofa sudah dimasukkan ke hospital bagi melahirkan anak kedua menjadi bualan ramai sejak Sabtu lalu.

    Menjelaskan kekeliruan itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, dia masih menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya.

    Memetik dari mStar, Neelofa berkata, dia ditahan di wad atas nasihat doktor bagi tujuan pemeriksaan lanjut berhubung kesihatannya.

    “Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

    “Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan permerhatian kesihatan saya,” katanya.

    Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Sabtu.

    Menerusi perkongsian lain, Neelofa turut berkongsi dirinya sedang bersantai menikmati buah di rumahnya.

    Dalam pada itu, Neelofa berjanji akan berkongsi khabar kelahiran anak keduanya itu kepada orang ramai selepas dirinya selamat bersalin kelak.

    Malah dia juga berharap orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

    “Insya Allah, kami akan kongsikan secara rasmi bila sampai waktunya nanti mohon semua doakan yang baik-baik,” ujarnya.

    Sebelum ini, suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris memaklumkan isterinya itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

    Haris atau Muhammad Haris Ismail, 27, mendedahkan perkara itu ketika dia terlibat sebagai pengacara dalam sebuah program televisyen pada Khamis.

    “Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,” katanya.

    Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun. – Agensi

    Neelofa hitung hari tunggu kelahiran anak kedua. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda