Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Neelofa terima kejutan hadiah gelang tangan

    Pengacara dan usahawan Neelofa meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima seutas gelang tangan daripada suaminya, Haris Ismail bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini.

    Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, bukan hadiah yang mengagumkan dirinya tetapi tersentuh dengan sikap Haris yang cuba membahagiakan seorang isteri meskipun dia tidak pernah meminta sebarang kejutan atau pun hadiah.

    “Saya tidak pernah meminta itu dan ini tetapi Masya Allah, dia selalu cuba untuk membahagiakan isterinya,” ujarnya.

    “Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku,” tambahnya.

    Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya dan turut memuat naik gambar rantai tangan yang diterima daripada Haris.

    Pengacara itu turut memuji sikap Haris yang sentiasa memberi bimbingan dan kasih sayang terhadap dirinya sejak hari pertama mereka bergelar suami isteri. – Agensi

    Neelofa terharu dapat gelang tangan sepadan dengan cincin perkahwinan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...