Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jersi Kobe Bryant dijual dengan harga AS$5.8 juta

    NEW YORK, 10 FEB – Jersi yang dipakai oleh legenda bola keranjang AS, Kobe Bryant – yang meninggal dunia tiga tahun lalu dalam kemalangan helikopter yang tragis – terjual pada harga AS$5.8 juta

    Penjualan yang dilakukan Sotheby di New York mencatat rekod baharu untuk barangan Bryant yang dilelong namun harga sebenarnya di bawah anggaran pra jualan iaitu AS$7 juta.

    Harga itu bagaimanapun lebih tinggi daripada nilai sebelumnya iaitu AS$3.7 juta yang dibayar untuk jersi yang dipakai oleh bintang Los Angeles Lakers yang memenangi lima gelaran NBA dan dua pingat emas Olimpik.

    Jersi NBA Finals 1998 Michael Jordan dijual pada harga AS$10.1 juta pada September 2022, kini adalah barangan yang paling berharga.

    Sementara itu jersi “Tangan Tuhan” Diego Maradona dijual pada harga AS$9.3 juta di Sotheby London tahun lalu. – AFP

    Jersi Kobe Bryant yang dijual pada harga AS$5.8 juta. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...