Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan Korea S bantah pelan pelepasan air sisa nuklear Jepun

    SEOUL, 21 JULAI – Nelayan Korea Selatan mengadakan bantahan hari ini, menentang rancangan Jepun untuk melepaskan sisa air tercemar dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

    Kumpulan nelayan tempatan itu berkumpul di pinggir laut daerah pantai barat daya Jangheung, sambil membawa usungan bunga kira-kira 200 meter.

    “Usungan bunga itu digunakan untuk upacara tradisional membawa keranda mayat. Kami berarak dengan usungan bunga untuk menegaskan bahawa jika air sisa nuklear Fukushima dilepaskan ke lautan, semua manusia akan mati.

    “Saya ada beberapa soalan kepada kerajaan Jepun. Mengapa ia mahu melepaskan air tercemar ke lautan jika air itu benar-benar selamat seperti yang didakwa Jepun?.

    “Mengapa ia mahu membuangnya melalui terowong sepanjang satu kilometer selepas pencairan jika air itu cukup selamat untuk diminum?,” kata ketua eksekutif Persekutuan Persatuan Nelayan Korea, Kim Young-chul, lapor Xinhua. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda