Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Nestle Malaysia akan semak semula harga produk terpilih

    KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Nestle (Malaysia) Bhd akan menyelaraskan harga produk terpilihnya berikutan kenaikan harga koko global baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa syarikat itu berhasrat untuk mengekalkan kenaikan harga pada tahap minimum dan merancang untuk melaksanakan hanya pelarasan sederhana bagi produk tertentu.

    “Syarikat berhati-hati dengan kenaikan harga, yang boleh menjejaskan kuasa beli pelanggan.

    “Bagaimanapun, disebabkan ketidaktentuan pasaran komoditi – sudah tentunya kami tidak akan melepaskan sepenuhnya kepada pengguna – mungkin akan ada beberapa kenaikan harga yang perlu kami laksanakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran peraduan Nestle Salary For Life 2024, di sini, hari ini.

    Menurut laporan berita, harga niaga hadapan koko meningkat hampir enam peratus pada minggu lepas.

    Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) Juan Aranols melihat tempurung sawit yang digunakan bagi sumber tenaga selepas Majlis Pelancaran Loji Janakuasa Biojisim di Kilang Nestle Chembong pada 8 Mac lalu. – Bernama

    Aranols berkata Nestle menjangkakan sentimen pengguna menurun tahun ini disebabkan faktor seperti inflasi makanan, didorong oleh harga komoditi antarabangsa.

    “Bagaimanapun, kami kekal positif dan komited untuk menyediakan produk yang selamat dan berkualiti tinggi yang lebih menyerlah berbanding pesaing,” katanya.

    Terdahulu, Nestle Malaysia melancarkan peraduan Salary For Life yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM4 juta.

    Peraduan itu yang berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun ini, menawarkan hadiah utama sebanyak RM3,500 sebulan bagi dua rakyat Malaysia yang bertuah.

    Selain itu, Nestle akan memberi sumbangan kepada 17 pertubuhan kebajikan yang berkaitan dengan finalis peraduan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...