Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Filipina, AS mula latihan ketenteraan ‘Balikatan’

    MANILA, 22 APRIL – Beribu-ribu tentera Filipina dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan bersama di Filipina hari ini, ketika dasar Beijing yang semakin tegas di rantau itu menimbulkan kebimbangan tercetusnya konflik.

    Latihan tahunan yang digelar Balikatan, atau ‘bahu ke bahu’ dalam bahasa Tagalog, akan tertumpu di bahagian utara dan barat negara kepulauan itu, berhampiran Laut China Selatan dan Taiwan.

    China menuntut hampir keseluruhan laluan air, laluan utama untuk perdagangan antarabangsa dan juga menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayahnya.

    Sebagai tindak balas kepada China, AS mengukuhkan pakatan dengan negara-negara di rantau Asia-Pasifik, termasuk Filipina.

    Sementara Filipina kurang dilengkapi senjata, kedudukannya yang berdekatan dengan Laut China Selatan dan Taiwan akan menjadikannya rakan kongsi utama bagi AS sekiranya berlaku konflik dengan China.

    Askar AS dan Filipina menyaksikan upacara pembukaan latihan ketenteraan bersama ‘Balikatan’ di ibu pejabat tentera Camp Aguinaldo di Quezon City, Filipina kelmarin. – AP

    Pengawal pantai Filipina akan menyertai Balikatan buat kali pertama berikutan beberapa konfrontasi antara kapalnya dengan pengawal pantai China, yang mengawal terumbu di luar pantai Filipina.

    Latihan bersama itu melibatkan simulasi penawanan semula bersenjata sebuah pulau di wilayah Palawan, daratan utama Filipina yang paling hampir dengan Kepulauan Spratly yang menjadi isu pertikaian hangat di Laut China Selatan.

    Latihan yang sama juga akan diadakan di wilayah utara Cagayan dan Batanes, kedua-duanya terletak kurang daripada 300 kilometer dari Taiwan.

    Latihan lain akan melibatkan peperangan maklumat, keselamatan maritim serta pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu.

    Latihan itu, yang akan berlangsung sehingga 10 Mei, akan melibatkan kira-kira 11,000 tentera AS dan 5,000 tentera Filipina, serta anggota tentera Australia dan Perancis.

    Perancis, yang pertama kali menyertai Balikatan, akan mengerahkan kapal perangnya dalam latihan bersama dengan kapal Filipina dan AS. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...