Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Netflix tayang sembilan tahun kehilangan MH370

    Awal pagi 8 Mac 2014 mencatat sejarah duka buat rakyat Malaysia apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

    Misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, terdiri 38 rakyat Malaysia dan 153 (China) menjadi perhatian seluruh dunia berikutan kegagalan menjejakinya, selain gerakan mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dilakukan.

    Menghampiri sembilan tahun, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai hingga hari ini, biarpun pelbagai teori mengenai kejadian awal pagi 8 Mac itu timbul, namun masih belum terbukti.

    Sehingga kini, MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.

    Selain itu, pelbagai dokumentari diterbitkan dan terbaharu, dokumentari MH370: The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix pada detik tragedi pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac depan.

    Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared bakal membawa komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasatan yang masih terus mencari jawapan atas kehilangan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12:41 pagi pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6:30 pagi.

    Bagaimanapun, pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 1:30 pagi ketika pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan berada di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia adalah laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan Vietnam, sebelum masuk ke ruang udara China.

    Episod pertama akan membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas. – Agensi

    Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix pada detik tragedi pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...