Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Progresif buka kedai baharu di Daerah Belait

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 17 FEB – Progresif Sdn Bhd telah mengumumkan pembukaan kedai terbaharunya di Daerah Belait, yang terletak di Jalan Pretty.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progesif, ia merupakan kedai ketujuhnya di daerah berkenaan, mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman runcit terbaik untuk penduduk di Belait.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dipetik berkata, “Kami sangat teruja untuk membuka kedai baharu ini dan kami melihatnya bukti pertumbuhan dan kejayaan berterusan sebagai sebuah syarikat.

    “Tetapi lebih daripada itu, ia adalah simbol komitmen kami kepada penduduk Belait.

    “Kami di sini untuk berkhidmat kepada awda dan kami tidak sabar untuk melakukannya dengan cara baharu yang menarik ini,” tambah beliau.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama kakitangan Progresif. – Gambar serahan Progresif

    Sempena pembukaan kedai baharu itu, Progresif menawarkan beberapa insentif menarik kepada para pelanggan.

    Bermula hari ini hingga 24 Februari, pelanggan yang berbelanja pada jumlah minimum di kedai baharu itu akan layak memenangi hadiah-hadiah bertuah yang menarik.

    Manakala itu, 20 pelanggan pertama yang membuat transaksi di kedai itu juga akan menerima hadiah percuma daripada Progresif.

    Selain itu, Promosi Upfront Device Bundle yang popular daripada Progresif kembali bermula hari ini hingga penghujung bulan ini, membolehkan pelanggan mendapatkan peranti dengan bayaran pendahuluan sifar apabila digabungkan dengan pelan MORE.

    Akhir sekali, Progresif Fibre menawarkan Tech Haven Bundle, yang termasuk baucar percuma dengan setiap pendaftaran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...