Sunday, November 24, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Delhi dilanda asap beracun

    NEW DELHI, 1 NOV – Ibu negara India, New Delhi, diselubungi asap beracun hari ini, dengan pencemaran udara semakin teruk selepas larangan terhadap bunga api tidak dipatuhi sempena sambutan perayaan cahaya Hindu, Diwali.

    Jalan-jalan yang tersumbat di New Delhi adalah rumah kepada lebih daripada 30 juta orang, dan bandar tersebut kerap disenaraikan sebagai salah satu kawasan bandar paling tercemar di dunia.

    Bandar itu diselubungi asap yang menyebabkan kanser setiap tahun, terutamanya disebabkan oleh pembakaran jerami oleh petani di kawasan jiran untuk membersihkan ladang mereka bagi tujuan membajak, di samping asap daripada kilang dan lalu lintas.

    Bagaimanapun, keadaan udara bertambah buruk hari ini selepas penggunaan bunga api sebagai sebahagian daripada sambutan Diwali, walaupun pihak berkuasa bandar bulan lalu melarang penjualan dan penggunaannya.

    Polis bandar raya telah merampas hampir dua tan bunga api sebelum Diwali, tetapi mercun itu masih lagi didapati dijual di negeri jiran.

    Mahkamah Agung India bulan lalu memutuskan udara bersih adalah hak asasi manusia, di mana ia mengarahkan kedua-dua kerajaan pusat dan pihak berkuasa peringkat negeri agar mengambil tindakan.

    “Udara toksik Delhi membunuh kita secara lembut dengan asapnya,” tulis Times of India dalam editorial minggu lalu, ketika pencemaran musim sejuk kembali. – AFP

    Seorang lelaki memakai sungkup muka ketika dia berjoging dalam keadaan berkabus, sehari selepas perayaan Hindu Diwali, di New Delhi, India pada 1 November. – AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda