Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Neymar alami kecederaan ligamen pada buku lali

    PARIS, 22 FEB – Penyerang Brazil, Neymar mengalami kecederaan ligamen pada pergelangan kakinya, kata Paris Saint-Germain (PSG) kelmarin, dua minggu sebelum kelab Perancis itu menentang Bayern Munich dalam pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

    Neymar, 31, dikeluarkan dengan pengusung akibat kecederaan buku lali pada separuh masa kedua semasa kemenangan luar biasa PSG 4-3 ke atas Lille dalam saingan Ligue 1, baru-baru ini.

    “Pemeriksaan baharu yang diambil hari ini mengesahkan buku lali Neymar terseliuh dengan kecederaan ligamen,” kata PSG dalam satu kenyataan.

    PSG mengesahkan selepas imbasan menunjukkan tiada patah tulang, tetapi berkata ujian lanjut perlu dijalankan ke atas kecederaan pada ligamen dalam beberapa hari akan datang.

    Kecederaannya itu mencetuskan kebimbangan sama ada dia boleh bermain atau terlepas dalam aksi timbal balik menentang Bayern pada 8 Mac.

    Juara Perancis itu akan pergi ke Jerman untuk mengatasi defisit 1-0 pada perlawanan pertama, apabila Kylian Mbappe dihadkan untuk bermain di babak kedua sebagai pemain gantian sejak kembali daripada kecederaan paha.

    PSG akan berusaha untuk mengelak daripada tersingkir daripada Liga Juara-Juara dalam kelompok 16 terakhir buat kali kelima dalam tujuh musim.

    Neymar telah pun diketepikan daripada perlawanan sukar PSG Ligue 1 di Marseille hujung minggu ini. – AFP

    Neymar dibawa keluar padang dengan pengusung selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan bola sepak menentang Lille di stadium Parc des Princes, di Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...