Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pembinaan jambatan mampu rangsang ekonomi

    KOTA KINABALU, 22 FEB – Pembinaan jambatan yang dicadangkan bagi menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di samping memajukan pelbagai industri di kedua-dua kawasan. 

    Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kadayan Malaysia (DPPKM), Mohd Faizal Malik berkata pembinaan jambatan itu boleh membawa impak positif secara menyeluruh terhadap ekonomi di Sabah dan Labuan.

    Beliau berkata banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh pemain industri besar-besaran, industri Kecil dan Sederhana (IKS) mahupun golongan marhaen, antaranya dari segi pengurangan kos operasi mereka.

    “Mereka boleh memilih menggunakan perkhidmatan hantaran barang secara terus pembekal dari Sabah tanpa menggunakan perkhidmatan kurier atau perkhidmatan feri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Selain itu, menurutnya jambatan yang dicadangkan itu juga boleh membuka peluang untuk memajukan pelbagai lagi perkhidmatan, termasuk memperluaskan konsep perkhidmatan ‘e-hailing’ bagi kedua-dua kawasan.

    Mohd Faizal berkata kerajaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, menerusi jabatan dan agensi masing-masing, boleh menjalin kerjasama untuk membanyakkan lagi platform bagi para peniaga meningkatkan hasil jualan mereka. – Bernama

    Menurut Mohd Faizal, pembinaan jambatan Labuan-Sabah mampu meningkatkan hasil jualan para peniaga di kedua-dua kawasan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...