Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NIAT pupuk gaya hidup sihat melalui hari sukan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Network Integrity Assurance Technologies (NIAT) Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terkemuka Brunei, memulakan tahun baharu dengan komitmen untuk memupuk gaya hidup sihat berorientasikan kecergasan dalam kalangan kakitangannya.

    Selaras dengan ikrar itu, NIAT telah menganjurkan Hari Sukan Korporat yang pertama, yang mengetengahkan dua acara iaitu hari sukan utama dan kejohanan bola jaring.

    Hari sukan tersebut telah diadakan di Kompleks Sukan Berakas sebagai tanda untuk membebaskan diri daripada tugas rutin harian dengan cara bersukan, di samping dapat memupuk semangat kesukanan dan mempamerkan budaya kerjasama dalam kalangan pekerja.

    Acara itu dibahagikan kepada empat pasukan dinamik, yang dihasilkan secara kreatif daripada akronim syarikat yang terdiri daripada pasukan Rangkaian, Integriti, Jaminan dan Teknologi.

    Pelbagai perlumbaan dan cabaran termasuk olahraga, tarik kalat dan aktiviti sukan lain yang menyeronokkan seperti perlumbaan menggunakan guni diadakan semasa acara itu.

    Pemenang keseluruhan dalam acara itu telah disandang oleh pasukan Teknologi dengan memperoleh 10 pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

    Sebelum acara utama, NIAT telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring di Kompleks Sukan Tertutup, Jabatan Kerja Raya (JKR), pada 24 Januari lalu yang menjadi bahagian pertama hari sukan tersebut.

    Dalam kejohanan tersebut Raymond Two Soon Peng telah dinamakan sebagai MVP Lelaki, manakala MVP Wanita dirangkul oleh Fariza Nayyira Yean binti Abdullah Chua.

    Acara tersebut diakhiri dengan jamuan tengah hari, di mana para pekerja menghargai kenangan yang dicipta dan ikatan yang terjalin.

    Para pekerja NIAT bergambar kenangan di acara berkenaan.- GAMBAR SERAHAN NIAT SDN BHD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...