Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NiAT ringankan beban 10 keluarga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERIBEGAWAN, 18 APRIL – Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd telah menganjurkan acara membeli-belah amal untuk 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan barangan keperluan harian sebagai persiapan Hari Raya Aidiflitri yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

    Acara membeli-belah amal Shopping Raya dengan NiAT berlangsung di Gedung Serbaneka Hua Ho One City, Sungai Akar itu bertujuan memupuk budaya membantu masyarakat yang memerlukan dalam kalangan kakitangan NiAT sebagai memberi pulangan kepada masyarakat.

    Dalam acara itu, setiap keluarga diberikan peluang berbelanja barangan keperluan harian sehingga $300.

    Ketua Pegawai Eksekutif NiAT, Lim Ming Soon, berkata, “Kami percaya adalah penting untuk menyemai kebahagiaan dalam kehidupan orang lain, dan ia memberi kegembiraan yang besar bagi menyumbang kepada kebahagiaan keluarga yang kurang berkemampuan agar dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.”

    Keluarga yang menyertai dalam Shopping Raya dengan NiAT ini dikenal pasti oleh Projek Feed iaitu sebuah perusahaan sosial yang memberi tumpuan kepada membantu keluarga yang berdepan cabaran ekonomi di negara ini.

    Salah sebuah keluarga yang mengikuti acara membeli-belah amal Shopping Raya dengan NiAT. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda