Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Nico Denz raih kemenangan kedua Giro d’Italia

    CASSANO MAGNAGO, ITALI, 21 MEI – Pelumba Bora Hansgrohe, Nico Denz, memperoleh kemenangan kedua dalam tiga hari di peringkat Giro d’Italia semalam, menyelesaikan pecutan yang dramatik di Cassano Magnago setelah berada di depan dalam keadaan perlumbaan yang basah.

    Dalam perlumbaan yang sengit, pelumba Jerman itu melepasi garis penamat dengan hanya selisih setengah roda di hadapan pelumba Kanada, Derek Gee (Israel Premier Tech), dalam peringkat ke-14.

    Pada masa yang sama, penunggang Perancis, Bruno Armirail, berjaya mengambil jersi merah jambu pemimpin daripada Geraint Thomas yang tiba di garisan penamat bersama rakan sepasukannya, dalam masa 21 minit 16 saat di depan pemenang peringkat tersebut.

    Ketiga-tiga pelumba adalah antara 27 pelumba yang berjaya melepaskan diri daripada peloton hampir dari awal peringkat sejauh 194km di Sierre, sebelum terpisah kepada beberapa kumpulan kecil seterusnya.

    Alberto Bettiol (EF Education-EasyPost) menduduki tempat ketiga, manakala juara ujian masa kebangsaan Perancis, Armirail (Groupama-FDJ), tiba 50 saat selepas pemenang peringkat itu dan menjadi pelumba Perancis pertama sejak Laurent Jalabert pada tahun 1999 yang memimpin Giro.

    “Sebenarnya, itu bukanlah rancangan asal,” kata Armirail, 29, yang biasanya berperanan sebagai pembantu kepada pelumba seperti Thibaut Pinot.

    “Matlamat saya adalah untuk berpisah daripada kumpulan dan menyasarkan kemenangan peringkat. Saya tidak mempercayai bahawa saya memenangi jersi merah jambu,” ujarnya.

    Armirail kini mempunyai kelebihan masa hampir dua minit daripada Thomas menjelang peringkat ke-15 hari ini. – AFP

    Nico Denz meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi peringkat ke-14 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia 2023, 193km antara Sierre dan Cassano Magnago, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -