Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Merlier ungguli peringkat ketiga Giro d’Italia

    FOSSANO, 7 MEI – Tim Merlier berhasil meraih kemenangan pada peringkat ketiga Giro d’Italia kelmarin, mengatasi Jonathan Milan di garisan penamat dalam aksi pecutan beramai selepas pemimpin perlumbaan, Tadej Pogacar, melakukan percubaan berani untuk mencuri kemenangan.

    Pelumba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pogacar mencuba untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam dua hari terakhir pada dua kilometer terakhir laluan 166km dari Novara ke Fossano dengan pecutan yang mengejutkan.

    Tetapi Merlier meraih kemenangan peringkat kedua di Giro selepas meraih kemenangan pertama pada 2021, di mana dia memenangi peringkat Tour de France tunggalnya pada tahun yang sama.

    “Ia adalah kemenangan paling sukar setakat ini. Ia adalah perlawanan akhir yang sangat sukar. Saya mencapai 300 meter dan saya berkata ‘awda perlu pergi’,” kata Merlier yang mewakili pasukan Soudal-Quick-Step.

    “Saya melihat Milan memulakan pecutannya di sebelah kiri dan saya tahu saya akan menjadi yang pertama atau kedua dan saya gembira saya menang kali ini,” tambahnya
    Pogacar menjadi pilihan utama untuk menjuarai Giro pada percubaan pertamanya dan sekali lagi berada dalam kehebatan aksi selepas meraih kemenangan pada peringkat kedua Ahad lalu dan hanya terlepas peluang pada aksi pembukaan Sabtu.

    Juara Tour de France dua kali itu membuka langkahnya selepas mengikuti serangan oleh Mikkel Honore dari EF Education-EasyPost. Untuk seketika ia kelihatan seperti Pogacar dan saingan jersi merah jambunya, Geraint Thomas akan berebut untuk meraih kemenangan. – AFP

    Merlier meraikan kejayaan selepas memenangi peringkat ke-3 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia ke-107. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...