Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati mac and cheese lemak berkrim

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Mac and cheese merupakan hidangan pasta yang terkenal yang menggabungkan makaroni (sejenis pasta berbentuk pendek dan melengkung) dengan sos keju yang pekat dan berkrim.

    Hidangan ini biasanya dibakar dalam ketuhar untuk memberikan bahagian atas yang sedikit rangup, tetapi ia juga boleh disediakan di atas dapur.

    Bahan asas mac and cheese termasuk makaroni, susu atau krim, mentega dan keju cair, biasanya jenis cheddar untuk menghasilkan rasa yang sedap.

    Mac and cheese boleh disajikan sebagai hidangan utama atau sebagai sampingan dan ia juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan seperti daging ayam, sayuran atau daging lembu cincang.

    Topping rangup seperti serbuk roti juga sering ditambahkan untuk memberikan tekstur yang lebih menarik.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Hidangan ini sangat popular di Amerika Syarikat, namun ia juga disukai di seluruh dunia kerana cara penyediaannya yang mudah dan rasanya yang enak, kaya dengan keju yang meleleh.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya adalah seperti 250 gram makaroni, dua sudu besar mentega, dua sudu besar tepung gandum, dua cawan susu segar, 1½ hingga dua cawan keju cheddar yang diparut, ½ cawan keju mozzarella (pilihan, untuk lebih keju yang meleleh), garam dan lada hitam secukup rasa dan serbuk roti (pilihan, untuk mendapatkan tekstur yang rangup di atas).

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk membuat mac and cheese terbahagi kepada beberapa bahagian, mula-mula cara untuk merebus pasta, didihkan air dalam periuk kemudian masukkan pasta makaroni dan masak selama 8-10 minit sehingga pasta lembut, setelah itu toskan pasta dan ketepikan.

    Manakala untuk menyediakan sos kejunya pula, cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan tepung gandum dan kacau selama 1-2 minit hingga campuran menjadi pekat dan berwarna keemasan, tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil terus mengacau supaya tiada ketulan terbentuk.

    Teruskan kacau hingga sos menjadi pekat dan berkrim. Tambahkan serbuk mustard, lada hitam dan garam secukup rasa lalu kacau hingga semua bahan sebati.

    Selepas itu masukkan keju cheddar dan keju mozzarella (jika menggunakan), kemudian kacau hingga keju cair dan sos menjadi licin. Jika suka, boleh juga tambahkan keju parmesan untuk rasa yang lebih kaya.

    Manakala untuk menggabungkan pasta dan sos keju pula, masukkan pasta yang telah direbus ke dalam sos keju yang telah disediakan.

    Kacau rata sehingga pasta terbalut sepenuhnya dengan sos keju dan mac and cheese pun sedia untuk dihidang.

    Sebagai tambahan, awda boleh menambah sedikit keju parmesan atau herba segar seperti daun parsli untuk hiasan. Selamat mencuba.

    Bahan-Bahan

    • 250 gram makaroni
    • 2 sudu besar mentega
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • 2 cawan susu segar
    • 1 ½ hingga 2 cawan keju cheddar, diparut
    • ½ cawan keju mozzarella (pilihan, untuk lebih keju leleh)
    • Garam dan lada hitam secukup rasa
    • Serbuk roti (pilihan, untuk tekstur rangup di atas)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda