Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai kesabaran rumah terbuka Aidilfitri

    Salam hormat kepada semua pembaca Media Permata yang dihormati. Dalam suasana Hari Raya yang sepatutnya diisi dengan kegembiraan dan kesyukuran, saya seorang wanita berusia awal 30an, ingin berkongsi cerita yang sedikit berbeza. Cerita ini tentang hari yang sepatutnya penuh dengan tawa dan salam silaturahim, namun berakhir dengan ujian kesabaran yang tidak terduga.

    Secara tradisi, rumah saya selalu terbuka untuk sanak saudara dan rakan taulan yang ingin berkunjung. Selaku tuan rumah, saya menyiapkan segala-galanya dengan teliti, daripada hidangan hingga hiasan, memastikan segalanya sempurna untuk meraikan tetamu yang datang. Namun, apa yang terjadi kali ini adalah di luar dugaan.

    Pada hari yang sepatutnya dipenuhi suasana bahagia itu, anak-anak buah saya yang masih kecil dan nakal datang berkunjung. Dengan wajah yang penuh ceria dan riang, mereka bermain carah di seluruh rumah. Saya, yang sedang sibuk di dapur, tidak menyedari bahawa kegembiraan mereka hampir memusnahkan salah satu harta saya yang paling berharga, iaitu sebuah televisyen berukuran 35 inci di ruang tamu. Dalam sekelip mata, bunyi dentuman kuat kedengaran, dan bunyi kaca pecah menyusul. Hati saya berdesir.

    Televisyen yang baru saya beli tahun lalu itu terjatuh dan pecah berkecai akibat tingkah laku mereka yang terlalu riang.

    Seakan belum cukup dengan kejadian itu, sebuah insiden lain terjadi. Ketika tetamu lain sedang asyik menjamu selera, salah seorang anak buah saya, dalam keceriaannya, tidak sengaja tertumpah kuah sate ke atas baju seorang tetamu yang sedang duduk santai.

    Gambar Freepik

    Keadaan menjadi sedikit tegang, dan saya, sebagai tuan rumah, sudah setentunya berasa sangat malu.

    Namun, dari situ, saya belajar sesuatu. Hari Raya bukanlah hanya tentang kegembiraan semata, tetapi juga tentang menghadapi ujian dan cabaran dengan hati yang terbuka.

    Saya menyedari bahawa kesabaran adalah kunci, dan kemaafan adalah nilai murni Aidilfitri.

    Melalui peristiwa itu, saya memahami bahawa kejadian tidak diinginkan boleh terjadi meskipun persiapan telah dibuat. Yang penting adalah bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dengan hati yang lapang dan sabar. Hari itu, saya tidak hanya memberikan maaf, tetapi juga memperoleh pengajaran berharga tentang makna sebenar Hari Raya.

    Insiden yang berlaku adalah cerminan bahawa Hari Raya adalah lebih daripada sekadar perayaan, ia adalah waktu untuk memperkukuh tali silaturahim dan belajar dari setiap kejadian yang Allah anugerahkan kepada kita.

    Salam Hari Raya, mohon maaf zahir dan batin.

    Zaza

    NASIHAT DANG MP

    Kepada Zaza dan para pembaca yang budiman, kisah yang dikongsikan ini mengingatkan kita semua bahawa kehidupan ini penuh dengan ujian dan cabaran yang tidak terduga.

    Hari Raya, dengan segala kemeriahannya, juga merupakan waktu untuk kita mengamalkan kesabaran dan saling memaafkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda