Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Promosi pelaburan bertanggungjawab dalam sektor pertanian

    VIENTIANE, LAOS, 26 APRIL – Majlis Mesyuarat Negara (MMN), diwakili oleh Yang Berhormat Lau How Teck dan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed telah menyertai bengkel kerja bertajuk AIPA-FAO-IISD Joint Workshop on the Implementation of the ASEAN Guidelines on Promoting Responsible Investment in Food, Agriculture, and Forestry Sectors yang diadakan di Vientiane, Laos pada 24 dan 25 April.

    Bengkel tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serantau antara parlimen dalam mewujudkan pelaburan pertanian bertanggungjawab di rantau ASEAN.

    Ia merupakan sebahagian daripada usaha bersama antara Perhimpunan Antara Parlimen (AIPA), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Institut Pembangunan Mampan Antarabangsa (IISD) dengan menyasarkan ahli-ahli parlimen untuk memperkukuhkan penglibatan mereka dalam proses pembentukan pelan tindakan bagi pelaksanaan ASEAN RAI di peringkat parlimen.

    Dalam bengkel kerja itu, para ahli parlimen terdiri daripada negara anggota AIPA termasuk MMN telah mendalami isu-isu penting yang berkaitan dengan pelaburan pertanian bertanggungjawab di rantau ini.

    Selain itu, para perwakilan telah menyertai sesi perbincangan yang telah memberikan ruang bagi pertukaran dan perkongsian pandangan dan pengalaman serta menyediakan sebuah pelan tindakan yang mana akan dijadikan sebagai satu garis panduan bagi parlimen-parlimen serantau dalam memainkan peranan penting menggalakkan pelaburan bertanggungjawab dalam sektor berkenaan dalam kalangan negara ASEAN.

    Hasil daripada bengkel kerja itu akan dibincangkan untuk diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA yang akan diadakan pada akhir tahun ini.

    Gambar ramai peserta semasa bengkel yang diadakan di Vientiane, Laos pada 24 dan 25 April. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...