Saturday, May 18, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Nilai, versatil parang dalam survival hutan

    MALAYSIA – Sentiasa menetak buluh menggunakan parang dengan menghala jauh dari awda. Maksudnya, jika awda menggunakan parang dengan tangan kanan, tetak ke kanan, jauh dari badan awda.

    “Buluh boleh menjadi sangat keras sehingga boleh melantun tetakan parang.”

    “Saya sering melihat orang cedera pada lutut atau tulang sendi apabila mereka menetak buluh menuju ke arah badan.”

    “Parang perlu berada tepat pada buluh dan memukulnya di bahagian bawah,” kata ketua pengajar Malaya Junglecraft, sebuah perusahaan sosial yang berkongsi taktik survival di hutan Malaysia, Shaik Reismann, 52.

    Kemalangan seumpama itu, tambahnya, paling kerap berlaku selepas orang menebang tangkai buluh dan kemudian perlu memotong pelepah daun.

    Pelbagai pilihan duku chandong dan latok parang. – ANN/The Star
    Dakap parang dengan ketat pada lutut awda dan gerakkan kayu atau buluh untuk merautnya bagi menghasilkan rumpun sulur untuk menyalakan api. – ANN/The Star
    Apabila memangkas atau memotong buluh, sentiasa potong jauh daripada awda. – ANN/The Star
    Shaik Reismann (tengah), dan peserta bengkel kemahiran parang dengan perangkap permainan kecil mereka yang baharu dibuat dengan mengguanakan buluh dan rotan. – ANN/The Star

    “Dengan hanya sebilah parang dan sebatang buluh, awda boleh bertahan di dalam hutan kami.”

    “Awda boleh membuat perangkap, peralatan memasak dan membuat api menggunakan buluh, tetapi awda perlu tahu cara menggunakan parang dengan betul,” katanya.

    Bengkel Shaik mengenai kemahiran parang di The Orchard di Hulu Langat, Selangor, juga mengajar peserta cara membuat perangkap permainan kecil untuk menangkap binatang seperti tupai dan tikus hutan, sebagai usaha untuk mencari rezeki dengan hanya menggunakan beberapa batang buluh yang baru dipotong dan juga parang.

    Bagi kebanyakan orang pertama kali mengenalinya, pandangan mereka tentang penggunaan parang adalah untuk menetak dan mencincang.

    Namun demikian terdapat salah satu teknik lainnya dipanggil batoning, kaedah membelah kayu atau buluh.

    “Imbangkan kayu atau buluh secara menegak dengan parang awda di atasnya. Kemudian pukul parang dengan kayu, yang biasanya akan menjadi ranting yang kuat,” jelas Shaik.

    Membelah kayu yang digunakan untuk menyalakan api adalah kerja penting dalam survival hutan kerana hujan biasa di hutan tropika mungkin menjadikan dun layu basah di luar, tetapi di dalamnya ia cukup kering untuk awda menyalakan api.

    Membelah buluh adalah lebih penting kerana awda boleh membuat banyak peralatan daripada buluh tersebut.

    “Dengan cara membelah buluh, ia membolehkan kami membuat belahan yang tepat dan terukur,” tambah Shaik.

    Terdapat lagi satu kaedah pemotongan yang tidak melibatkan pergerakan parang sama sekali dipanggil ‘meraut,’ yang juga bermaksud menghaluskan atau melicinkan.

    Kaedah ini memerlukan pengguna untuk menekan pada bahagian parang iaitu dengan cara memegang ulu parang sedekat mungkin dengan bahagian yang hendak diraut.

    “Dakap parang dengan kuat pada kedudukan sisi lutut awda, kemudian gerakkan objek yang hendak diraut pada tepi parang.”

    “Parang adalah berat dan sukar digunakan berbanding dengan pisau dapur. Apabila awda ingin membuat rautan tepat, ia mungkin tidak mudah, jadi lebih baik pastikan parang tidak bergerak, dan gerakkan objek yang hendak diraut,” kata Shaik.

    Kaedah ini penting apabila meraut bahagian buluh, rotan atau pokok anggur menjadi jalur nipis untuk sebatan.

    Ia lebih berkesan untuk batang kayu berbulu atau jalur buluh.

    Batang kayu berbulu merupakan kayu panjang di mana satu hujungnya diraut beberapa kali untuk mengumpulkan habuk buluh.

    Ia membolehkan kayu lembap digunakan untuk menyalakan api apabila kayu kering sukar ditemui, teknik kelangsungan hidup yang penting apabila semuanya menjadi lembap di bawah kanopi hutan hujan.

    “Cuba potong sebatang kayu dengan menggerakkan parang yang berat dan awda mungkin mudah merautnya. Lebih mudah untuk mengalihkan kayu untuk ketepatan yang cepat sambil mengekalkan parang awda pada tempatnya,” jelas Shaik.

    Keperluan yang kerap untuk cengkaman parang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dalam banyak tugas membuatkan Shaik menyukai bilah parang duku chandong dan latok.

    Antara bilah parang yang terdapat di Sarawak ialah duku chandong yang merpakan rekaan orang Iban dan Dayak, manakala latok ialah bilah ciptaan Suku Bidayuh.

    “Saya menyertai banyak program latihan kelangsungan hidup di Eropah. Di sana, kapak adalah penting kerana persekitaran mereka,” jelas Shaik.

    “Di dalam hutan Malaysia, apa yang kita perlukan untuk terus hidup ialah parang. Saya juga tahu bahawa para ahli kelangsungan hidup di negara sederhana sedang belajar menggunakan parang kita.”

    “Sesetengah pembuat pisau antarabangsa yang terkenal sedang mencipta pisau kelangsungan hidup yang diilhamkan oleh duku chandong,” kata Shaik, yang merupakan responden pertama di padang gurun yang berkelayakan dan diperakui oleh NGO bernama Austere and Emergency Medical International yang berpangkalan di Wyoming, Amerika Syarikat. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...