Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    250 hamper raya diagihkan kepada pesakit Hospital RIPAS

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Bagi memberikan kegembiraan kepada pesakit-pesakit di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hospital berkenaan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hamper sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024, hari ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hamper kepada para pesakit ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.
     
    Pada majlis itu, sebanyak 250 bungkusan hamper raya telah diberikan kepada pesakit-pesakit daripada Wad Perubatan Lelaki 3, Wad Perubatan Perempuan 4, Wad Pembedahan Lelaki 6, dan Wad Pembedahan Perempuan 7.
     
    Turut menerima hamper raya ialah pesakit-pesakit di Wad Sub Akut Renal Lelaki 17, Wad Sub Akut Renal Perempuan 18, Wad Perubatan Perempuan 19 dan 20,  Wad Perubatan Lelaki 21 dan 22, Wad Ginekologi 31 dan 33; dan Unit Pediatrik Akut (APU).
     
    Dalam memberikan keceriaan kepada pesakit-pesakit di hospital berkenaan, Syarikat Royal Brunei Culinary turut serta dalam memberikan sumbangan hamper-hamper raya.
     
    Penyampaian hamper raya berkenaan antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya kepada pesakit-pesakit serta keluarga, di samping menunjukkan rasa pemedulian dan perhatian berterusan kepada mereka yang sedang menerima rawatan dan tidak berkesempatan untuk meraikan hari raya di rumah sendiri.
     
    Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Hospital RIPAS serta wakil-wakil dari Syarikat Royal Brunei Culinary.
     
    Awang Abdol Hazis semasa menyempurnakan penyampaian hamper raya kepada salah seorang pesakit di Hospital RIPAS. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Sebanyak 250 bungkusan hamper raya telah diberikan kepada pesakit-pesakit Wad Perubatan Lelaki 3, Wad Perubatan Perempuan 4, Wad Pembedahan Lelaki 6, dan Wad Pembedahan Perempuan 7. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...